Program Menjahit Bersama Ibu Tunggal Dan B40

SHAH ALAM, 27 NOVEMBER 2021 – Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM) bersama-sama SME Bank telah berkolaborasi untuk menjayakan sebuah program yang diberi nama Program Menjahit Bersama Ibu Tunggal & B40.

Program ini dijalankan selama 9 hari bermula pada 27 November 2021 sehingga 5 Disember 2021 dan bertempat di D’Athirah Sewing Academy HQ Shah Alam.

Pada hari pembukaan, Pengarah Yayasan Setia Negara Malaysia, Dato’ Haniff Borhan bersama Encik Ruzaini Hamzah telah datang untuk merasmikan program tersebut dan diiringi oleh En Idris Halim dan Pn. Athirah yang merupakan pengasas D’Athirah Sewing Academy.

Program menjahit ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan ianya dijalankan dengan tujuan untuk mengajar para ibu tunggal teknik asas menjahit yang akan membolehkan mereka untuk menjana pendapatan tatkala berdepan Endemik COVID-19 ini.

#ProgramMenjahitBersamaIbuTunggalDanB40
#SetiakuPadaNegara

Leave a comment