KONGRES & EKSPO
SETIA NEGARA

KONGRES NEGARA yang dianjurkan melalui NGO Penggerak Komuniti Negara, Pemuda Negara, Wanita Negara (NOW) dan Penggerak Wanita Muda Negara yang telah dianjurkan pada 22 Ogos 2020 yang lalu, mencerminkan iltizam anggota masyarakat yang prihatin kepada bangsa dan negara dan juga kerajaan yang berusaha untuk membangun negara dalam mendepani cabaran COVID-19, dan meneruskan cita-cita Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Objektif utama Kongres ini diadakan adalah untuk menyemarak perpaduan dan kesatuan rakyat berteraskan prinsip Rukun Negara di mana Kongres ini merupakan pentas untuk kami berbahas soal kesatuan dan kesepaduan warganegara Malaysia, usaha pembangunan semula ekonomi dan negara selain mendukung dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.