KATA ALUAN
PENGERUSI YASENM

Pengerusi Yayasan Setia Negara Malaysia

YB DR. AFIF BAHARDIN

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar untuk kita sebagai rakyat Malaysia, berdepan dengan tiga cabaran utama iaitu dari segi politik, ekonomi dan kesihatan yang tidak pernah dialami sebelum ini. Cabaran-cabaran ini menuntut kita untuk bersatu hati dan kembali kepada asas tertubuhnya negara bangsa ini seperti termaktub di dalam Rukun Negara daemi menjamin kelangsungan kita sebagai bangsa Malaysia.

Atas keyakinan ini, Yayasan Setia Negara Malaysia ditubuhkan pada tahun ini dengan matlamat untuk mengembalikan halatuju rakyat dan negara ke arah cita-cita tersebut. Kami percaya bahawa kepelbagaian dan kemajmukan kaum yang ada di negara ini merupakan satu khazanah yang perlu kita hayati bersama-sama demi mewujudkan sebuah masyarakat yang prihatin, bersatu padu dan meraikan perbezaan, cinta kepada negara dan menghormati asas-asas pembentukan negara selaras dengan cita-cita Rukun Negara.

Yayasan Setia Negara ditubuhkan untuk memperhebatkan pelbagai aktiviti kenegaraan dan kebajikan, terutamanya kepada orang muda daripada pelbagai kaum dengan harapan untuk memaknai cita-cita Rukun Negara.

Yayasan Setia Negara Malaysia akan menjadi penghubung di antara masyarakat dan
kerajaan dengan tujuan untuk fokus kembali kepada usaha bagi membangunkan semula negara, mencerdaskan ekonomi dan juga melawan pandemik COVID-19 dan dalam pada masa yang sama menyatu-padukan rakyat berasaskan pada cita-cita Rukun Negara