PENGENALAN
YAYASAN SETIA NEGARA MALAYSIA

Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM) ditubuhkan atas dasar semangat keprihatinan antara rakyat melalui program-program kemasyarakatan dan kebajikan yang bertujuan untuk membantu masyarakat yang menghadapi cabaran ekonomi dan pandemik COVID-19.

Pada masa yang sama, YASENM amat menekankan prinsip kesopanan dan kesusilaan sebagai asas kepada usaha mengembalikan semula rakyat untuk bersatu hati dan prihatin sesama rakyat dalam mendepani cabaran semasa yang sukar pada ketika ini.

YASENM amat menjunjung tinggi prinsip keluhuran perlembagaan sebagai asas untuk seluruh rakyat Malaysia dengan menghormati dan menghayati sistem Raja Berperlembagaan sebagai acuan demokrasi negara yang kita cintai ini.

YASENM fokus kepada usaha untuk merealisasikan cita-cita Rukun Negara dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu-padu dengan semangat kesetiaan kepada Raja, Bangsa dan Negara. Matlamat kami adalah untuk menjadi sebagai pemangkin yang efektif terhadap usaha kerajaan menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang makmur, sejahtera dan progresif selaras dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.