Program Sumbangan Amal Setia Negara
Hospital Shah Alam, Selangor

5 Feb 2021 (Jumaat) – Yayasan Setia Negara Malaysia dengan kerjasama Lazada melalui program #LazadaForGood telah mengadakan Program Sumbangan Amal Setia Negara di Hospital Shah Alam, Selangor.

20 unit ward-screen telah disumbangkan bagi kegunaan petugas kesihatan untuk merawat pesakit dan juga kegunaan pesakit di hospital. Selain itu, NGO Wanita Muda Negara Rasmi juga turut menyumbangkan 100 pek makanan tengah hari kepada barisan petugas hadapan kesihatan Hospital Shah Alam sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus memastikan warga Shah Alam terus terjamin daripada wabak pandemik COVID-19.