Custom Excerpt
Title

PGP ini bertujuan untuk mewujudkan generasi khususnya daripada kalangan orang muda yang menghayati dan memaknai cita-cita Rukun Negara sekaligus menjadikan mereka warganegara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, menjunjung sistem Raja Berperlembagaan dan mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi di antara satu sama lain tanpa mengira apa jua perbezaan antara mereka.

Projek ini akan dijalankan di dalam bentuk kem / seminar / bengkel / virtual
dalam jangka masa lingkungan 3 hari 2 malam (mengikut kepada kesesuaian projek) bagi memudahkan para peserta untuk menyertai. Langkah susulan akan dilaksanakan kepada para peserta yang telah menyertai projek ini bagi memastikan mereka sentiasa mempraktikkan ilmu-ilmu melalui projek ini di kawasan setempat mereka.

Selain itu, PGP juga fokus kepada usaha advokasi dan pendidikan yang menerapkan ciri-ciri patriotisme melalui platform yang lebih dekat dengan hati orang muda seperti #PemudaSpeaks yang memberi ruang kepada orang muda untuk berdiskusi dan berbicara isu-isu kenegaraan, ekonomi dan politik yang menjurus kepada usaha untuk menyatupadukan masyarakat dan negara.