YASENM
PROGRAM
Sumbangan Amal Setia Negara kepada Rumah Ibadat Tokong Dewa Tudi Miao Setia Alam dan Tokong Hean Yeow di Shah Alam
Sumbangan Amal Setia Negara kepada Rumah Ibadat Tokong Dewa Tudi Miao Setia Alam dan Tokong Hean Yeow di Shah Alam

Yayasan Setia Negara Malaysia amat berbesar hati menyampaikan Sumbangan Amal Setia Negara kepada Rumah Ibadat Tokong Dewa Tudi Miao Setia Alam dan Tokong Hean Yeow di Shah Alam. Sumbangan amal ini adalah bagi membantu kaum Tionghua B40 yang akan menyambut Sambutan Tahun Baru Cina disamping mengeratkan perpaduan silratulrahim rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Pihak YASENM ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2021 kepada semua masyarakat Tionghua di seluruh Malaysia. Gong Xi Fa Cai!

19 February, 2021  
PROGRAM ‘KONGSI NIKMAT’ RAMADAN 2021
PROGRAM ‘KONGSI NIKMAT’ RAMADAN 2021
10 May, 2021  
Program Sumbangan Amal Setia Negara di Hospital Shah Alam, Selangor
Program Sumbangan Amal Setia Negara di Hospital Shah Alam, Selangor

Yayasan Setia Negara Malaysia dengan kerjasama Lazada melalui program #LazadaForGood telah mengadakan Program Sumbangan Amal Setia Negara di Hospital Shah Alam, Selangor.
20 unit ward-screen telah disumbangkan bagi kegunaan petugas kesihatan untuk merawat pesakit dan juga kegunaan pesakit di hospital. Selain itu, NGO Wanita Muda Negara Rasmi juga turut menyumbangkan 100 pek makanan tengah hari kepada barisan petugas hadapan kesihatan Hospital Shah Alam sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus memastikan warga Shah Alam terus terjamin daripada wabak pandemik COVID-19.

8 February, 2021  
Program Menjahit Prihatin Shah Alam
Program Menjahit Prihatin Shah Alam

Yayasan Setia Negara (YASENM) dengan kerjasama YayasanMyprihatin telah membangunkan satu Program Menjahit Prihatin Shah Alam. Program ini merupakan inisiatif YASENM dengan kerjasama NOW Shah Alam agar dapat membantu para pelajar dan juga golongan ibu tunggal dan suri rumah B40.

8 February, 2021  
Misi Bantuan Setia Negara
Misi Bantuan Setia Negara
25 January, 2021  
Misi Bantuan Setia Negara
Misi Bantuan Setia Negara

Pemuda Negara Negeri Selangor – Rasmi, Pemuda Negara Negeri Perak – Rasmi & Pemuda Negara Negeri Pahang – Rasmi dengan kerjasama Peneraju Prihatin, Yayasan Setia Negara Malaysia & Wanita Muda Negara Rasmi telah turun ke bandar Pekan di Pahang untuk Misi Bantuan Setia Negara bagi memberikan barangan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir yang terjejas.

19 January, 2020  
Misi Bantuan Setia Negara : JOHOR
Misi Bantuan Setia Negara : JOHOR

YB Dr Afif Penaung Pemuda Negara bersama Skuad Misi Bantuan dengan kerjasama Yayasan Setia Negara Malaysia telah turun ke negeri Johor bagi melaksanakan Misi Bantuan Setia Negara kepada mangsa banjir yang terjejas.

19 January, 2021  
Kongress & Ekspo Setia Negara
Kongress & Ekspo Setia Negara

Dianjurkan melalui NGO Penggerak Komuniti Negara, Pemuda Negara, Wanita Negara (NOW) dan Penggerak Wanita Muda Negara yang telah dianjurkan pada 22 Ogos 2020.

13 January, 2021