Pekan – 17 Januari 2021 : Pemuda Negara Negeri Selangor – Rasmi, Pemuda Negara Negeri Perak – Rasmi & Pemuda Negara Negeri Pahang – Rasmi dengan kerjasama Peneraju Prihatin, Yayasan Setia Negara Malaysia & Wanita Muda Negara Rasmi telah turun ke bandar Pekan di Pahang untuk Misi Bantuan Setia Negara bagi memberikan barangan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir yang terjejas.
Misi yang melibatkan 50 orang sukarelawan belia ini telah mengagihkan barangan bantuan di empat buah kampung di bandar Pekan yang terkesan teruk. Misi ini juga disertai Ainie Haziqah selaku Ketua Wanita Muda Negara Pusat dan Saudara Rezza Sidik selaku Ketua Pemuda Negara Negeri Pahang.