7 Feb 2021 (Ahad) – Yayasan Setia Negara (YASENM) dengan kerjasama YayasanMyprihatin telah membangunkan satu Program Menjahit Prihatin Shah Alam. Program ini merupakan inisiatif YASENM dengan kerjasama NOW Shah Alam agar dapat membantu para pelajar dan juga golongan ibu tunggal dan suri rumah B40.
Pihak YASENM berbesar hati telah menerima kunjungan khas dari Presiden NOW Malaysia YB Puan Haniza Talha melihat sendiri proses menjahit oleh peserta Program Prihatin Shah Alam.
Pihak YASENM berharap lebih banyak syarikat korporat dan individu prihatin tampil untuk membantu para pelajar dan peserta menjahit Program Prihatin ini