SHAH ALAM, 23 OKTOBER 2021 – Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM) yang diketuai oleh Pengerusi, Dr. Afif Bahardin telah menyantuni warga penduduk Seksyen 14 yang sedang beriadah untuk mengedar sejumlah 3000 pelitup muka
Edaran pelitup muka berjalan pada pukul 8.30 pagi dan yang turut hadir ialah Pengarah YASENM, Dato’ Haniff Borhan dan Encik Ruzaini Hamzah. Sekalung penghargaan ditujukan kepada Pengerusi PN Cawangan Shah Alam, Sdr. Idris Halim kerana turut serta di dalam program edaran pelitup muka ini.