Dialog Malaysia Prihatin

KUALA LUMPUR, 6 NOVEMBER 2021 – Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua para hadirin yang hadir pada 6 November 2021 lepas.

Dialog Malaysia Prihatin mengambil tempat di Panggung Bandaraya, DBKL dan seramai 140 peserta telah hadir. Sesi Dialog yang mengambil masa selama 1 jam telah dipergunakan dengan sebaiknya apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkongsi pandangan dan idea mengenai pasca COVID-19, Pelan Pemulihan Negara dan peranan belia dalam Endemik ini.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Institusi Masa Depan Malaysia, Astro Awani, Wacana.my, Ikatan.my dan DeVolt Studio kerana menjadi rakan strategik kami dalam menganjurkan Dialog Malaysia Prihatin.

Untuk makluman semua, Dialog Malaysia Prihatin telah berjalan dengan pematuhan SOP yang ketat di mana para peserta yang berdaftar harus melengkapi 2 dos vaksin, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial.

Jutaan terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membenarkan kami untuk menjalankan Dialog Malaysia Prihatin di Panggung Bandaraya, DBKL.

Dialog Malaysia Prihatin | 6 November 2021

Ikhlas Daripada,
Yayasan Setia Negara Malaysia (YASENM) 🇲🇾

Leave a comment