YASENMxDECATHLON (Misi Bantuan Banjir Shah Alam/Klang)

SHAH ALAM, 20 DISEMBER 2021 – Alhamdulillah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Decathlon kerana sudi berkolaborasi bersama kami untuk membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda Shah Alam dan Klang baru baru ini.

Sebanyak 100pcs tilam, karpet dan bantal telah disumbangkan dalam Misi Bantuan Banjir Shah Alam/Klang.

Seterusnya, kami dalam perjalanan ke sana untuk membantu dan mengagihkan barang sumbangan kepada mereka yang berada di Pusat Penempatan Sementara di kawasan Shah Alam dan juga Klang.

TERIMA KASIH DECATHLON!

Leave a comment